Jom Makan | Wave Cafe, Puchong

Tuesday, August 22, 2017
Assalamualaikum

Wa nak share satu tempat yang best untuk penggemar dessert. Wa terjumpa iklan restoran ini di dalam Facebook dari Pen Hitam Dot Com. Wa terus tag suami sebab tahu dia memang penggemar waffle. Guess what? Malam tu terus pergi. Senang saja nak cari, ia berdekat dengan IOI Mall Puchong di Jalan Kenari. Sampai di sana, ia terletak di tingkat atas, tingkat bawah ada cafe juga. Suasana di sini memang tenang je, dan santai. Very cozy place!

Antara menu yang kami order, Caramel Banana Waffle, Strawberry Waffle, Lavender Ice Cream & Chocolate Ice Cream. Untuk Caramel Banana tu memang sedap and recommended. Waffle dia gebu dan Wa suka if dia garing sikit. Overall 4/5 rate Wa bagi. Strawberry Waffle tu Wa tak berapa minat sangat, terpulang pada masing-masing. Waffle dia memang ada rasa strawberry, I think all of their waffle ada campuran rasa asli untuk lebih menarik.



Soft ice cream ni memang sedap, dan agak banyak juga untuk makan seorang. Boleh share 2 orang if order ice cream ni. Suami pilih rasa Lavender, which I think pelik sikit rasa bunga! Haha pandai-pandai je pilih kan. End up tak habis sebab tak biasa. Ziyad pun tak lalu makan, so we all beli satu lagi perisa coklat. Seronok dia dapat ice cream. If uols nak ambil menu waffle bersama ice cream pun ada.



Ini suasana waktu malam, memang best je selesa. If nak lepak-lepak or nak buat kerja dengan laptop sesuai sangat. Price range agak mahal sedikit pada pendapat Wa untuk desser. Waffle tu tadi around RM18 satu pinggan. If teringin sangat-sangat boleh lah nak datang semula.





Uncle & Aunties ni main-main dengan Ziyad
Lokasi ;
Wave Cafe
7, Jalan Kenari 19a, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia

No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams